Friday, August 15, 2008

JAWI LAWAN WAHABI




Seminar Isu-Isu Semasa Akidah OLEH

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kebanyakan orang-orang Islam kini cenderung untuk kembali menghayati ajaran Islam. Walau bagaimanapun tanpa pengetahuan dan ilmu yang mencukupi, kesungguhan itu kadang-kala menyebabkan mereka terkeliru dan ada yang terjebak kepada ajaran-ajaran sesat.

Menyedari hakikat ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan ‘Seminar Isu-Isu Semasa Akidah’ bertujuan untuk memberi kefahaman kepada orang ramai mengenai isu-isu akidah umat Islam di Malaysia disamping memantapkan kefahaman mereka kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Seminar yang diadakan pada 6 Ogos 2008 di Dewan Nurseri, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur melibatkan seramai 100 orang peserta. Mereka terdiri daripada para guru Sekolah Menengah di sekitar Wilayah Persekutuan.

Seminar ini diisi dengan 3 slot ceramah. Sesi pagi ceramah bertajuk, ‘Perbomohan, Persilatan & Tarekat Dari Perspektif Islam’ yang disampaikan oleh Us. Abdul Halim b. Zakaria dari Universiti Malaya. Kemudian disusuli dengan ceramah bertajuk, ‘Wahhabi & Rufaqa’ oleh Tuan Haji Zamihan b. Mat Zin dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pada sesi petang pula satu slot ceramah bertajuk, ‘Ancaman Agama Lain Terhadap Islam di Malaysia’ oleh En. Lim Joi Soon Abdullah dari Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Perasmian dan penutup seminar disempurnakan oleh Y. Bhg. Puan Hjh. Saimah bt. Mukhtar, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Dalam ucapan, beliau berharap seminar ini dapat membantu para peserta dalam menangani masalah moral dan ancaman akidah di kalangan pelajar-pelajar mahupun masyarakat setempat.

http://www.jawi.gov.my/melayu/index.php?option=com_content&view=article&id=172:seminar-isu-isu-semasa-akidah&catid=2:arkib-berita&Itemid=15

Monday, July 28, 2008

BAGAIMANA SESEORANG MEMELUK ISLAM

How Does One Become a Muslim
http://www.aicp.org/Site/index.php?option=com_content&task=view&id=82&Itemid=1
Print E-mail

How Does One Become a Muslim?

One becomes a Muslim by believing in the Two Testifications of Faith (refered to in Arabic as ash-Shahadatayn) and uttering them with the intention of leaving out blasphemy.

What are the Two Testifications of Faith?


The Two Testifications of Faith are:


In English

I bear witness that no one deserves to be worshiped except Allah


and


I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allah



In Arabic

أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ اللهُ


وأشهدُ أنَّ محمّداً رسولُ الله


(ASHHADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH

--------------------------------------------------------------------------------------------

In Malay

Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

dan

dan aku bersaksi bahawa muhammad itu pesuruh Allah




The non-Muslim embraces Islam by believing in the Two Testifications of Faith and uttering them with the intention of leaving out blasphemy.

1. The first Testification means that no one or thing deserves to be worshipped except God Who is the Creator of everything.

2. The second Testification states that Muhammad the son of ^Abdillah who was born in Makkah about 1400 years ago is a messenger of God. He was sent to convey what God revealed to him so that the humans believe in and work with the Laws he received and brought. He is truthful in all what he conveyed.


The Two Testifications reject the Godhood of anyone or anything other than God. They confirm the Godhood of God only with the acknowledgment of the message of prophet Muhammad.

sehari sebuah buku agama

Tajuk : Penerang Akidah

Akidah Islam adalah keimanan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T. dan Rasul-Nya serta apa yang dibawa oleh Rasul perlu dilaksanakan dalam kehidupan seorang muslim. Buku ini mempunyai 80 soalan yang disampaikan secara ringkas berserta jawapan tentang persoalan akidah.

Oleh : Penterjemah : Ahmad Hafiz Mohd Alwi Al-Bakaniyy

Harga : RM 5.00

Kepada yang berminat sila hubungi:

Encik Saufi bin Osman,
email : saufi@yadim.com.my
Unit Pemasaran, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji,
No. 28 Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh,
51200, Kuala Lumpur.
Tel:- 03-40443077, 03-40448035

Thursday, July 24, 2008

wahabi meliwat lagi-siapa? adakah wahabi malaysia juga pernah meliwat??


LIWAT

Ketahuilah, telah IJMA’ para ULAMAK bahawa perbuatan meliwat adalah haram.perbuatan ini dicela oleh Allah taa’la.Golongan atau orang yang melakukan perbuatan meliwat adalah orang yang tidak sihat akalnya,tidak normal dan mempunyai nafsu yang jelek.

Di dalam kitab raudhah tolibin juzuk 3/452 ,imam al- nawawi menyebut bahawa perbuatan meliwat adalah perkara buruk dan berdosa besar,jika meliwat dengan lelaki ,hukuman terhadap pelaku liwat ada dua,:

1: hadnya(hudud) adalah had zina., jika dia seorang yang telah berkahwin maka dia direjam ,jika belum berkahwin disebat dan di buang daerah.

2: dibunuh samada berkahwin atau belum,

Dan cara bunuhnya pebagai,samaada dipancung dengan pedang seperti hukuman keatas murtad,direjam,ditimpakan dinding keatasnya, atau mencampakkannya dari puncak tempat tinggi ,(ini diambil dari azab yang dikenakan terhadap kaum nabi lut).

Dan yang sohihnya ,dipancung dengan pedang.wa Allah A’lam.

Mari kita lihat satu bukti (wahabi meliwat) yang benar surat dari idarah azhar lubnan menunjukkan seorang wahhabi zaman kini telah dibuang dari kuliyyah syar'iyyah islamiyah di universiti Azhar Lubnan,Beirut pada tahun 1972 miladi/1392 hijrah kerana telah sabit ke atasnya melakukan perkara yang merosak akhlak, bersandar kepada ifadah ( bukti) yang dikeluarkan oleh lujnah almusyarrafah atas kes tersebut.

Dan orang tersebut ialah pendakyah wahabi yang bernama abd rahman muhd dimashqiyah.dan dimashqiyyah ini masyhur di kalangan wahabi sebagai orang yang menentang ahli sunnah asyairah maturidiyah, dan si abu syuaib khairul anuar latiff mengambil sumber tohmahannya dan fitnahnya terhadap syeikh muhaddis Abdullah Alharari daripada si abd rahman dimashqiyah al-liwati ini.


si penipu ,pemfitnah wahabi(sedang buat master tapi dah bertahun-tahun xsiap2, ??)Mengambil sumber dari seorang peliwat ...لا حول ولا قوة إلا بالله

Saturday, June 7, 2008

muhamad ibn abd wahab dan wahabiyah totok kafirkan umat islam

Muhammad ibn Abdul Wahhab telah membuat agama baru yang diajarkan kepada pengikutnya. Dasar ajarannya ini adalah menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya dan meyakini bahwa Allah adalah benda besar Yang duduk di atas Arsy. Keyakinan ini adalah penyerupaan Allah dengan makhluk-Nya, karena duduk adalah salah satu sifat manusia. Dengan ajarannya ini,Muhammad ibn Abdul Wahhab telah menyalahi firmanAllah:

ليس كمثله شيء

Maknanya: 'Dia (Allah) tidak menyerupai segala sesuatu dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya". (Q.S asy-Syura: 11)

Para ulama salaf bersepakat bahwa barangsiapa yang menyifati Allah dengan salah satu sifat di antara sifat-sifat manusia maka la telah kafir. Sebagaimana hal ini ditulis oleh Imam al Muhaddith as-Salafi ath-Thahawi (227 - 321 H) dalam kitab aqidahnya yang terkenal dengan nama (العقيدة الطحاوية

pernyataannya adalah:

Maknanya: "Barang siapa mensifati Allah dengan salah satu sifat dari sifat-sifat manusia, maka ia telah kafir'.

Di antara keyakinan golongan Wahhabiyyah ini juga adalah mengkafirkan orang yang berkata: "Yaa Muhammad..", mengkafirkan orang yang berziarah ke makam para nabi dan para wali untuk bertabarruk (mencari barakah), mengkafirkan orang yang mengusap makam para nabi untuk bertabarruk.

Mereka (golongan Wahhabiyyah) dalam hal ini menyalahi para sahabat dan orang-orang salaf soleh. Telah menjadi kesepakatan bahwa boleh kata "Yaa Muhammad.." ketika dalam kesusahan.

semua umat Islam bersepakat tentang kebolehan melakukannya dalam praktik seharian mereka,mulai dari para sahabat nabi, para tabi'in dan semua generasi Islam hingga kini. Bahkan Imam Ahmad ibn hanbal; Imam Madzhab Hanbali yang mereka mendakwa sebagai madzhab yang mereka ikuti, ,menyatakan kebolehan menyentuh dan meletakkan tangan di atas makam Nabi Muhammad . menyentuh mimbarnya dan mencium makam dan mimbar tersebut apabila diniatkan untuk bertaqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan bertabarruk. Ini ia sebutkan dalam kitabnya yang sangat terkenal judul : aljami’ fi al’ilali wa ma’rifati alrijal.

Puak wahabi totok telah menyimpang dari jalur umat Islam dengan mengkafirkan orang yang berstighatsah kepada Rasulullah dan bertawassul dengannya setelah wafatnya. Mereka berkata: " Bertawassul dengan selain yang hidup dan yang hadir (ada di hadapan kita) kufur'. Atas dasar kaedah ini, mereka kafirkan orang yang berbeza pendapat dengan mereka dalam masalah tawassul ini dan menghalalkan membunuhnya. Pernimpin mereka Muhammad ibn Abdul Wahhab berkata: "Barang siapa yang masuk dalam dakwah kita maka ia mendapatkan hak sebagaimana hak-hak kita dan memiliki kewajiban sebagaimana kewajban-kewajiban kita dan barang siapa yang tidak masuk (dalam dakwah kita) maka ia kafir dan halal darahnya".

Bagi yang hendak mengetahui secara luas tentang dalil-dalil yang membantah pernyataan-pernyataan mereka, silalah membaca kitab-kitab yang banyak ditulis dalam membantah mereka seperti kitab yang berjudul arradu almuhkam almatiin karya seorang muhaddith di Maghribi iaitu Syekh Abdullah al Ghummari ,dan kitab yang berjudul almaqalaat assaniyah fi kasyfi dholalat ahmad bin taimiyah karya muhaddith di lubnan sekarang ; Syekh Abdullah al Harari. Kitab yang terakhir disebut ini dinamakan demikian karena Muhammad ibn Abdul Wahhab mengambil faham dalam mengharamkan tawassul kecuali dengan orang yang hidup dan yang hadir dari kitab-kitab Ibnu Taimiyah (W. 728 H). Padahal Ibnu Taimiyah menyarankan bagi orang-orang yang terkena semacam kelumpuhan (al Khadar, pada kaki, hendaklah mengucapkan: "Yaa Muhammad..". Pernyataan Ibnu Taimiyah ini ia tulis dalam karyanya alkalimu attayyib terbitan at Maktab si Islami, cet. Ke-5 tahun 1405 H/1985. Pernyataannya ini menyalahi apa yang la tulis sendiri dalam karyanya af-Tawassul wa al Wasilah.(telah masyhur ibn taimiyah ini mutazabzib cakap bedolak dalih dalam percakapan dan penulisannya) Muhammad ibn Abdul Wahhab mengambil faham dalam mengharamkan tawassul dari kitab at- Tawassul wa al Wasilah dan tidak menyetujui apa yang ditulis Ibnu Taimiyah dalam kitab al' Kalim ath-thayyib.

Para ahli fiqh. hadits, tafsir serta para sufi di segenap penjuru dunia Islam telah menulis banyak sekali (lebih dari seratus) risalah-risalah kecil atau buku-buku khusus untuk membantah Muhammad ibn Abdul Wahhab dan para pengikutnya. Di antaranya adalah Syekh Ahmad ash-Shawi al Maliki (W. 1241 H), Syekh Ibnu 'Abidin al Hanafi (W. 1252 H), Syekh Muhammad ibn Humaid (W. 1295 H) mufti Madzhab Hanbali di Makkah al Mukarramah, dan Syekh Ahmad Zaini Dahlan (W. 1304 H) mufti madzhab Syafi'i di Makkah al Mukarrarramah dan ulama lainnya.

wa Allah A'lam.

Wednesday, May 21, 2008

MUJASSIM TIDAK KAFIR??!!

Bahagian pertama:Mujassim tidak kafir?



tuhan orang kafir



Saya akan membawa kata-kata ulama muktabar dalam menegaskan bahawa hukum mentajsimkan Allah Adalah kafir,DAN pendapat ini atau orang yang menghukum kafir ke atas mujassim bukanlah sesuatu yang melampau dan ekstrem,tetapi bak kata ustaz zamihan inilah kenyataan yang benar, berdasar kata-ulamak mujtahidin dan ijma’ ulama.


Adalah tidak benar seruan menyatakan bahawa ‘pendirian yang sederhana’ adalah tidak mengkafirkan mujassimah, sedangkan perlu diketahui yang mengkafirkan mujassimah adalah terdiri dari ulama’ mujtahid mazhab yang empat,dan para ulama yang muktabar dalam mazhab telah menaqalkan kata-kata imam mereka.Adakah kita nak katakan mereka ini ghulu seperti golongan wahabi,???!!nau’zubillah..


Apa yang timbul, kesan dari perkara ini telah disebut oleh agama Islam,semuanya telah termaktub dalam kitab aqaid juga fiqh,dan apa yang perlu dilaksanakan oleh ulil amri, dan umat islam terhadap orang kafir juga telah dibincangkan(tentang kubur mereka jika mati dalam kekufuran,harta mereka,perkahwinan dan sebagainya),dan ini sebahagian dari tanggungjawab ulama,mufti ,jabatan agama untuk memberitahu ulil amri dalam sesebuah Negara UNTUK melaksanakan perkara ini, maka saya menyeru ORANG YANG KURANG FAHAM untuk merujuk kitab para ulama dan bergurulah pada guru yang thiqah dan membuat penilaian yang tepat berdasar Al-quran dan Al-sunnah.saya di sini bukan untuk taksub pada pendapat sesiapa tapi inilah kebenaran yang dinukil oleh para ulama salaf dan khalaf yang mengkafirkan mujassimah , bukanlah pendapat ini berasaldari orang yang masih hidup pada tahun 2008,atau kurunke- 21 ini,tapi inilah ajaran Islam.marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan menerima dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah,atas nama Agama Islam yang haniff,yang diturun oleh tuhan yang maha pencipta,maha kuasa ,yang menentukan segala sesuatu yang berlaku pada makhluk-Nya.


Perkara yang akan saya bincangkan:

1)Apakah hukum terhadap orang yang menjisimkan Allah disisi Islam seperti yang diputuskan oleh ulamak mujtahidin dan selainnya.

2)Apakah diambil kira kata-kata yang tidak mengkafirkan mujassimah ?




SIAPAKAH MUJASSIM:


: Mujassim ialah orang yang beriktikad Allah itu berbentuk,atau beranggota atau bertempat dan berarah, dan semua ini tidak ada khilaf pada sisi para mujtahid dalam mengkafirkan mujassim,maka tidak perlu kita mengambil pendapat yang bertentangan dengan kata-kata para mujtahid.

Telah menukilkan imam Al-qarafi (wafat 684 hijrah) dan imam Al-subki (wafat 756 h) dan al-hafiz al-I’raqi (w 804 h) dan syeikh ibn hajar Al-haitami( w 947h) dan mulla A’li Al-Qari Al-hanafi (w 1014h) dan Syeikh Muhammad zahid Al-kauthari(w 1371) dan selain mereka dari imam-imam mujtahid yang empat penyuluh ummah , imam Abi hanifah dan imam malik dan imam syafie dan imam Ahmad( semoga Allah merahmati mereka semua ) ,kata-kata: kafirnya orang yang berkata bahawa Allah berarah(Ada pada arah yang enam) dan berjisim.

Dan kata –kata syeikh ibn hajar Al-haitami ini boleh kita dapati dalam kitabnya Al-minhaj Al-qawim m/s 224: dan ketahuilah bahawa (imam) Al-qarafi dan selainnya meriwayatkan pendapat dari imam syafi’e dan malik dan Ahmad dan abi hanifah (semoga Allah meredhai mereka) hukum takfir orang yang mengatakan Allah berarah dan jisim,dan mereka amatlah benar pada perkara ini.

Dan kata kata Al faqih Al-hanafi mulla A’li Al-qari dalam kitab beliau syarah al-misykat juz 3/ms 300: telah berkata sekelompok daripada ulama salaf dan khalaf bahawa orang yang beriktiqad Allah itu Ada pada salah satu arah, maka hukumnya orang itu kafir seperti mana telah dinyatakan Al-I’raqi dan berkata : inilah kata-kata abi hanifah dan imam malik dan Al-syafie dan al-asya’ri(imam abu hasan Al-asya’ri dan Al-baqillani(w 403h).

Dan berkata syeikh Mahmud Muhammad khattab Al-subki Al-misri (w 1352h): dan sesungguhnya telah berkata sekelompok dari salaf dan khalaf : barangsiapa yang beriktiqad bahawa allah berada pada salah satu arah maka telah kafir>ini disebut dalam kitabnya ithaaf Al-kaainaat m/s 3-4.

Bahkan telah berkata imam A’li bin abi talib (semoga Allah meredhainya) :Akan Ada satu kaum dari umat ini, pada dekatnya kiamat(akhir zaman) kembali kepada kekufuran ,mereka mengingkari tuhan pencipta mereka,maka mensifatkan Allah dengan jisim dan anggota, ini diriwayatkan oleh ibn muallim Al-qurasyi dalam kitabnya najmu Al-muhtadi wa rajmu Al-mu’tadi ,m/s 588.

Dan ibn muallim al-qurasyi (w 725h) menukilkan dalam kitabnya najmu al-muhtadi m/s 551 dari kitab kifayatu Al-nabih fi syarh Al-tanbih: katanya: dan ini termasuk orang yang kekufurannya telah disepakati dan orang yang kami kafirkan dari ahli kiblah : seperti orang yang berkata Al-quran(kalam Allah) itu makhluk,dan juga yang mengatakan Allah tidak tahu sesuatu sebelum kewujudannya dan (kufur) ke atas orang tidak beriman dengan Al-qadar.dan begitu juga(kafir) barangsiapa yang beriktiqad bahawa Allah duduk atas arasy seperti mana yang telah disebut oleh qadhi hussain (W 462h) di sini dari nas Al-syafie semoga Allah meredhainya.

Dan berkata imam Muhammad bin badruddin bin balban al-dimasyqi Al-hanbali (w 1083h) dalam kitabnya mukhtasor al ifadat m/s 489 : barangsiapa yang beriktiqad atau berkata bahawa Allah zat-Nya di setiap tempat atau pada suatu tempat kafir.

Dan berkata lagi pada m/s 490: dan(Allah) tidak serupa sesuatu dan tidak menyerupai-nya sesuatu pun, barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan sesuatu dari makhluknya maka sesungguhnya dia telah kafir seperti orang yang beriktiqad jisim, atau berkata Alllah itu jisim tetapi tak sama seperti jisim-jisim yang lain.

Dan telah berkata imam Ahmad bin hanbal semoga Allah meredhoinya : barangsiapa yang berkata Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim ,(hukumnya ) kafir,diriwayatkan oleh al-hafiz badrudin Al-zarkashi dalam kitabnya tasynif al-masami’ jilid 4,m/s 684

Berkata imam Abu hasan Al-asy’ari semoga Allah meredhainya : barangsiapa yang beriktiqad Allah itu jisim maka dia tidak kenal siapa tuhannya dan dia telah kafir dengan -Nya. kitabnya Annawadir.

Berkata imam al-syafie semoga Allah merahmatinya: Al-mujassim(orang yg menjisimkan Allah) kafir,diriwayatkan oleh Al-hafiz Al-suyuti dalam kitabnya ,Al-asybah wa nazhoir, m/s 488.

bersambung..insya Allah..

Friday, May 9, 2008

TAZkiraH


JAngan Bercakap tanpa ilmu pengetahuan.


Bercakap tanpa ilmu pengetahuan adalah satu perkara yang merbahaya. Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 36:

(وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً) (الإسراء : 36 )

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Rasulullah juga telah memberi nasihat dalam perkara ini.Diriwayatkan dari Imam Tirmizi di dalam bukunya al-Jami’ dan juga oleh Al-hafiz Ibn muhammad Ibn Abu Bakr al-Qurashiyy di dalam bukunya As-Samt ( diam),bahawa nabi telah bersabda ,:

قل خيرا وإلا فاصمت

maksud: berkatalah sesuatu yang baik(benar) dan jika tidak, diamlah.

Mengambil erti dan amal dari hadis ini amatlah penting kerana dapatlah kita fahami bahawa memberi fatwa dalam agama tanpa mempunyai ilmu yang benar dan tepat akan menyebabkan pelakunya rugi pada hari kiamat nanti.Bahkan perkara sebegini (mengeluarkan fatwa tanpa ilmu) akan membawa tukang fatwa itu ke dalam neraka jahannam. Barangsiapa yang mengatakan sesuatu itu halal atau haram di dalam agama,tanpa merujuk kepada satu persetujuan agama yang sah(tanpa ilmu) dia adalah berdosa dan layak dihumban kedalam neraka.wal i’yazubillah…

Ulamak kita berpesan bahawa amatlah baik sekali bagi seseorang mengatakan ‘ tidak tahu’ apabila ditanya persoalan yang dia tidak ketahui jawapannya. Jika seseorang tidak tahu dan kurang arif dalam sesuatu hukum agama, jangan memandai-mandai untuk menjawab ,atau memberi pandangannya sendiri, dengan merasakan ‘ ahh,kalu aku tak jawab,nanti orang kata aku tak fakih pulak”

Suatu ketika ,seseorang bertanya kepada saidina Ali tentang satu perkara,yang mana saidina Ali tidak tahu jawapannya,dia berkata:aku tidak tahu. Kemudian dia menambah,’betapa melegakan padaku untuk mengatakan ‘aku tidak tahu’ pada perkara yang aku tidak tahu.Maksudnya saidina Ali merasa betapa selesa dan tenang hatinya untuk tidak menjawab perkara agama yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.Maka kita sepatutnya mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh saidina Ali ini,seorang sahabat nabi Muhammad sallallah alaihi wasallam yang tinggi keilmuannya dan bertakwa.

Nabi Muhammad apabila ditanya kepadanya apakah tempat yang terbaik dan tempat yang paling buruk, baginda menjawab:

لا أدري أسأل جبريل

‘Aku tidak tahu,’nanti kutanyakan pada Jibril.Apabila dia bertanya kepada Jibril ,Jibril juga menjawab tidak tahu. Selepas beberapa ketika, Jibril kembali kepada nabi Muhammad dengan jawapan yang diwahyukan Allah kepadanya: tempat yang paling buruk adalah pasar–pasar,dan tempat yang paling baik adalah masjid-masjid.Hadis ini sahih ,diriwayatkan oleh imam Muslim dan selainnya.

Dapat kita lihat di sini bahawa nabi ingin mengajar kita dari hadis ini, adalah tidak memalukan jika kita mengatakan tidak tahu terhadap perkara yang kita sememangnya tidak ada ilmu pada perkara tersebut, bahkan yang amat memalukan adalah bercakap perkara agama tanpa ilmu.

Sebagai muslim yang ingin selamat pada hari kiamat,sepatutnya seseorang hanya bercakap mengikut ilmu yang ada padanya sahaja.Dan jika seseorang inginkan jawapan tentang sesuatu urusan agama, sepatutnya dia bertanya kepada orang yang berilmu ,dan kepada orang yang boleh dipercayai keilmuannya,bukan kepada orang mendakwa berilmu tapi sebenarnya perosak agama.

terjemahan...