JAngan Bercakap tanpa ilmu pengetahuan.
Bercakap tanpa ilmu pengetahuan adalah satu perkara yang merbahaya. Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 36:
(وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً) (الإسراء : 36 )
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Rasulullah juga telah memberi nasihat dalam perkara ini.Diriwayatkan dari Imam Tirmizi di dalam bukunya al-Jami’ dan juga oleh Al-hafiz Ibn muhammad Ibn Abu Bakr al-Qurashiyy di dalam bukunya As-Samt ( diam),bahawa nabi telah bersabda ,:
قل خيرا وإلا فاصمت
maksud: berkatalah sesuatu yang baik(benar) dan jika tidak, diamlah.
Mengambil erti dan amal dari hadis ini amatlah penting kerana dapatlah kita fahami bahawa memberi fatwa dalam agama tanpa mempunyai ilmu yang benar dan tepat akan menyebabkan pelakunya rugi pada hari kiamat nanti.Bahkan perkara sebegini (mengeluarkan fatwa tanpa ilmu) akan membawa tukang fatwa itu ke dalam neraka jahannam. Barangsiapa yang mengatakan sesuatu itu halal atau haram di dalam agama,tanpa merujuk kepada satu persetujuan agama yang sah(tanpa ilmu) dia adalah berdosa dan layak dihumban kedalam neraka.wal i’yazubillah…
Ulamak kita berpesan bahawa amatlah baik sekali bagi seseorang mengatakan ‘ tidak tahu’ apabila ditanya persoalan yang dia tidak ketahui jawapannya. Jika seseorang tidak tahu dan kurang arif dalam sesuatu hukum agama, jangan memandai-mandai untuk menjawab ,atau memberi pandangannya sendiri, dengan merasakan ‘ ahh,kalu aku tak jawab,nanti orang kata aku tak fakih pulak”
Suatu ketika ,seseorang bertanya kepada saidina Ali tentang satu perkara,yang mana saidina Ali tidak tahu jawapannya,dia berkata:aku tidak tahu. Kemudian dia menambah,’betapa melegakan padaku untuk mengatakan ‘aku tidak tahu’ pada perkara yang aku tidak tahu.Maksudnya saidina Ali merasa betapa selesa dan tenang hatinya untuk tidak menjawab perkara agama yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.Maka kita sepatutnya mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh saidina Ali ini,seorang sahabat nabi Muhammad sallallah alaihi wasallam yang tinggi keilmuannya dan bertakwa.
Nabi Muhammad apabila ditanya kepadanya apakah tempat yang terbaik dan tempat yang paling buruk, baginda menjawab:
لا أدري أسأل جبريل
‘Aku tidak tahu,’nanti kutanyakan pada Jibril.Apabila dia bertanya kepada Jibril ,Jibril juga menjawab tidak tahu. Selepas beberapa ketika, Jibril kembali kepada nabi Muhammad dengan jawapan yang diwahyukan Allah kepadanya: tempat yang paling buruk adalah pasar–pasar,dan tempat yang paling baik adalah masjid-masjid.Hadis ini sahih ,diriwayatkan oleh imam Muslim dan selainnya.
Dapat kita lihat di sini bahawa nabi ingin mengajar kita dari hadis ini, adalah tidak memalukan jika kita mengatakan tidak tahu terhadap perkara yang kita sememangnya tidak ada ilmu pada perkara tersebut, bahkan yang amat memalukan adalah bercakap perkara agama tanpa ilmu.
Sebagai muslim yang ingin selamat pada hari kiamat,sepatutnya seseorang hanya bercakap mengikut ilmu yang ada padanya sahaja.Dan jika seseorang inginkan jawapan tentang sesuatu urusan agama, sepatutnya dia bertanya kepada orang yang berilmu ,dan kepada orang yang boleh dipercayai keilmuannya,bukan kepada orang mendakwa berilmu tapi sebenarnya perosak agama.
terjemahan...