Bahagian pertama:Mujassim tidak kafir?
tuhan orang kafir
Saya akan membawa kata-kata ulama muktabar dalam menegaskan bahawa hukum mentajsimkan Allah Adalah kafir,DAN pendapat ini atau orang yang menghukum kafir ke atas mujassim bukanlah sesuatu yang melampau dan ekstrem,tetapi bak kata ustaz zamihan inilah kenyataan yang benar, berdasar kata-ulamak mujtahidin dan ijma’ ulama.
Adalah tidak benar seruan menyatakan bahawa ‘pendirian yang sederhana’ adalah tidak mengkafirkan mujassimah, sedangkan perlu diketahui yang mengkafirkan mujassimah adalah terdiri dari ulama’ mujtahid mazhab yang empat,dan para ulama yang muktabar dalam mazhab telah menaqalkan kata-kata imam mereka.Adakah kita nak katakan mereka ini ghulu seperti golongan wahabi,???!!nau’zubillah..
Apa yang timbul, kesan dari perkara ini telah disebut oleh agama Islam,semuanya telah termaktub dalam kitab aqaid juga fiqh,dan apa yang perlu dilaksanakan oleh ulil amri, dan umat islam terhadap orang kafir juga telah dibincangkan(tentang kubur mereka jika mati dalam kekufuran,harta mereka,perkahwinan dan sebagainya),dan ini sebahagian dari tanggungjawab ulama,mufti ,jabatan agama untuk memberitahu ulil amri dalam sesebuah Negara UNTUK melaksanakan perkara ini, maka saya menyeru ORANG YANG KURANG FAHAM untuk merujuk kitab para ulama dan bergurulah pada guru yang thiqah dan membuat penilaian yang tepat berdasar Al-quran dan Al-sunnah.saya di sini bukan untuk taksub pada pendapat sesiapa tapi inilah kebenaran yang dinukil oleh para ulama salaf dan khalaf yang mengkafirkan mujassimah , bukanlah pendapat ini berasaldari orang yang masih hidup pada tahun 2008,atau kurunke- 21 ini,tapi inilah ajaran Islam.marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan menerima dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah,atas nama Agama Islam yang haniff,yang diturun oleh tuhan yang maha pencipta,maha kuasa ,yang menentukan segala sesuatu yang berlaku pada makhluk-Nya.
Perkara yang akan saya bincangkan:
1)Apakah hukum terhadap orang yang menjisimkan Allah disisi Islam seperti yang diputuskan oleh ulamak mujtahidin dan selainnya.
2)Apakah diambil kira kata-kata yang tidak mengkafirkan mujassimah ?
SIAPAKAH MUJASSIM:
: Mujassim ialah orang yang beriktikad Allah itu berbentuk,atau beranggota atau bertempat dan berarah, dan semua ini tidak ada khilaf pada sisi para mujtahid dalam mengkafirkan mujassim,maka tidak perlu kita mengambil pendapat yang bertentangan dengan kata-kata para mujtahid.
Telah menukilkan imam Al-qarafi (wafat 684 hijrah) dan imam Al-subki (wafat 756 h) dan al-hafiz al-I’raqi (w 804 h) dan syeikh ibn hajar Al-haitami( w 947h) dan mulla A’li Al-Qari Al-hanafi (w 1014h) dan Syeikh Muhammad zahid Al-kauthari(w 1371) dan selain mereka dari imam-imam mujtahid yang empat penyuluh ummah , imam Abi hanifah dan imam malik dan imam syafie dan imam Ahmad( semoga Allah merahmati mereka semua ) ,kata-kata: kafirnya orang yang berkata bahawa Allah berarah(Ada pada arah yang enam) dan berjisim.
Dan kata –kata syeikh ibn hajar Al-haitami ini boleh kita dapati dalam kitabnya Al-minhaj Al-qawim m/s 224: dan ketahuilah bahawa (imam) Al-qarafi dan selainnya meriwayatkan pendapat dari imam syafi’e dan malik dan Ahmad dan abi hanifah (semoga Allah meredhai mereka) hukum takfir orang yang mengatakan Allah berarah dan jisim,dan mereka amatlah benar pada perkara ini.
Dan kata kata Al faqih Al-hanafi mulla A’li Al-qari dalam kitab beliau syarah al-misykat juz 3/ms 300: telah berkata sekelompok daripada ulama salaf dan khalaf bahawa orang yang beriktiqad Allah itu Ada pada salah satu arah, maka hukumnya orang itu kafir seperti mana telah dinyatakan Al-I’raqi dan berkata : inilah kata-kata abi hanifah dan imam malik dan Al-syafie dan al-asya’ri(imam abu hasan Al-asya’ri dan Al-baqillani(w 403h).
Dan berkata syeikh Mahmud Muhammad khattab Al-subki Al-misri (w 1352h): dan sesungguhnya telah berkata sekelompok dari salaf dan khalaf : barangsiapa yang beriktiqad bahawa allah berada pada salah satu arah maka telah kafir>ini disebut dalam kitabnya ithaaf Al-kaainaat m/s 3-4.
Bahkan telah berkata imam A’li bin abi talib (semoga Allah meredhainya) :Akan Ada satu kaum dari umat ini, pada dekatnya kiamat(akhir zaman) kembali kepada kekufuran ,mereka mengingkari tuhan pencipta mereka,maka mensifatkan Allah dengan jisim dan anggota, ini diriwayatkan oleh ibn muallim Al-qurasyi dalam kitabnya najmu Al-muhtadi wa rajmu Al-mu’tadi ,m/s 588.
Dan ibn muallim al-qurasyi (w 725h) menukilkan dalam kitabnya najmu al-muhtadi m/s 551 dari kitab kifayatu Al-nabih fi syarh Al-tanbih: katanya: dan ini termasuk orang yang kekufurannya telah disepakati dan orang yang kami kafirkan dari ahli kiblah : seperti orang yang berkata Al-quran(kalam Allah) itu makhluk,dan juga yang mengatakan Allah tidak tahu sesuatu sebelum kewujudannya dan (kufur) ke atas orang tidak beriman dengan Al-qadar.dan begitu juga(kafir) barangsiapa yang beriktiqad bahawa Allah duduk atas arasy seperti mana yang telah disebut oleh qadhi hussain (W 462h) di sini dari nas Al-syafie semoga Allah meredhainya.
Dan berkata imam Muhammad bin badruddin bin balban al-dimasyqi Al-hanbali (w 1083h) dalam kitabnya mukhtasor al ifadat m/s 489 : barangsiapa yang beriktiqad atau berkata bahawa Allah zat-Nya di setiap tempat atau pada suatu tempat kafir.
Dan berkata lagi pada m/s 490: dan(Allah) tidak serupa sesuatu dan tidak menyerupai-nya sesuatu pun, barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan sesuatu dari makhluknya maka sesungguhnya dia telah kafir seperti orang yang beriktiqad jisim, atau berkata Alllah itu jisim tetapi tak sama seperti jisim-jisim yang lain.
Dan telah berkata imam Ahmad bin hanbal semoga Allah meredhoinya : barangsiapa yang berkata Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim ,(hukumnya ) kafir,diriwayatkan oleh al-hafiz badrudin Al-zarkashi dalam kitabnya tasynif al-masami’ jilid 4,m/s 684
Berkata imam Abu hasan Al-asy’ari semoga Allah meredhainya : barangsiapa yang beriktiqad Allah itu jisim maka dia tidak kenal siapa tuhannya dan dia telah kafir dengan -Nya. kitabnya Annawadir.
Berkata imam al-syafie semoga Allah merahmatinya: Al-mujassim(orang yg menjisimkan Allah) kafir,diriwayatkan oleh Al-hafiz Al-suyuti dalam kitabnya ,Al-asybah wa nazhoir, m/s 488.
bersambung..insya Allah..