Wednesday, May 21, 2008

MUJASSIM TIDAK KAFIR??!!

Bahagian pertama:Mujassim tidak kafir?



tuhan orang kafir



Saya akan membawa kata-kata ulama muktabar dalam menegaskan bahawa hukum mentajsimkan Allah Adalah kafir,DAN pendapat ini atau orang yang menghukum kafir ke atas mujassim bukanlah sesuatu yang melampau dan ekstrem,tetapi bak kata ustaz zamihan inilah kenyataan yang benar, berdasar kata-ulamak mujtahidin dan ijma’ ulama.


Adalah tidak benar seruan menyatakan bahawa ‘pendirian yang sederhana’ adalah tidak mengkafirkan mujassimah, sedangkan perlu diketahui yang mengkafirkan mujassimah adalah terdiri dari ulama’ mujtahid mazhab yang empat,dan para ulama yang muktabar dalam mazhab telah menaqalkan kata-kata imam mereka.Adakah kita nak katakan mereka ini ghulu seperti golongan wahabi,???!!nau’zubillah..


Apa yang timbul, kesan dari perkara ini telah disebut oleh agama Islam,semuanya telah termaktub dalam kitab aqaid juga fiqh,dan apa yang perlu dilaksanakan oleh ulil amri, dan umat islam terhadap orang kafir juga telah dibincangkan(tentang kubur mereka jika mati dalam kekufuran,harta mereka,perkahwinan dan sebagainya),dan ini sebahagian dari tanggungjawab ulama,mufti ,jabatan agama untuk memberitahu ulil amri dalam sesebuah Negara UNTUK melaksanakan perkara ini, maka saya menyeru ORANG YANG KURANG FAHAM untuk merujuk kitab para ulama dan bergurulah pada guru yang thiqah dan membuat penilaian yang tepat berdasar Al-quran dan Al-sunnah.saya di sini bukan untuk taksub pada pendapat sesiapa tapi inilah kebenaran yang dinukil oleh para ulama salaf dan khalaf yang mengkafirkan mujassimah , bukanlah pendapat ini berasaldari orang yang masih hidup pada tahun 2008,atau kurunke- 21 ini,tapi inilah ajaran Islam.marilah kita sama-sama mengambil pengajaran dan menerima dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah,atas nama Agama Islam yang haniff,yang diturun oleh tuhan yang maha pencipta,maha kuasa ,yang menentukan segala sesuatu yang berlaku pada makhluk-Nya.


Perkara yang akan saya bincangkan:

1)Apakah hukum terhadap orang yang menjisimkan Allah disisi Islam seperti yang diputuskan oleh ulamak mujtahidin dan selainnya.

2)Apakah diambil kira kata-kata yang tidak mengkafirkan mujassimah ?




SIAPAKAH MUJASSIM:


: Mujassim ialah orang yang beriktikad Allah itu berbentuk,atau beranggota atau bertempat dan berarah, dan semua ini tidak ada khilaf pada sisi para mujtahid dalam mengkafirkan mujassim,maka tidak perlu kita mengambil pendapat yang bertentangan dengan kata-kata para mujtahid.

Telah menukilkan imam Al-qarafi (wafat 684 hijrah) dan imam Al-subki (wafat 756 h) dan al-hafiz al-I’raqi (w 804 h) dan syeikh ibn hajar Al-haitami( w 947h) dan mulla A’li Al-Qari Al-hanafi (w 1014h) dan Syeikh Muhammad zahid Al-kauthari(w 1371) dan selain mereka dari imam-imam mujtahid yang empat penyuluh ummah , imam Abi hanifah dan imam malik dan imam syafie dan imam Ahmad( semoga Allah merahmati mereka semua ) ,kata-kata: kafirnya orang yang berkata bahawa Allah berarah(Ada pada arah yang enam) dan berjisim.

Dan kata –kata syeikh ibn hajar Al-haitami ini boleh kita dapati dalam kitabnya Al-minhaj Al-qawim m/s 224: dan ketahuilah bahawa (imam) Al-qarafi dan selainnya meriwayatkan pendapat dari imam syafi’e dan malik dan Ahmad dan abi hanifah (semoga Allah meredhai mereka) hukum takfir orang yang mengatakan Allah berarah dan jisim,dan mereka amatlah benar pada perkara ini.

Dan kata kata Al faqih Al-hanafi mulla A’li Al-qari dalam kitab beliau syarah al-misykat juz 3/ms 300: telah berkata sekelompok daripada ulama salaf dan khalaf bahawa orang yang beriktiqad Allah itu Ada pada salah satu arah, maka hukumnya orang itu kafir seperti mana telah dinyatakan Al-I’raqi dan berkata : inilah kata-kata abi hanifah dan imam malik dan Al-syafie dan al-asya’ri(imam abu hasan Al-asya’ri dan Al-baqillani(w 403h).

Dan berkata syeikh Mahmud Muhammad khattab Al-subki Al-misri (w 1352h): dan sesungguhnya telah berkata sekelompok dari salaf dan khalaf : barangsiapa yang beriktiqad bahawa allah berada pada salah satu arah maka telah kafir>ini disebut dalam kitabnya ithaaf Al-kaainaat m/s 3-4.

Bahkan telah berkata imam A’li bin abi talib (semoga Allah meredhainya) :Akan Ada satu kaum dari umat ini, pada dekatnya kiamat(akhir zaman) kembali kepada kekufuran ,mereka mengingkari tuhan pencipta mereka,maka mensifatkan Allah dengan jisim dan anggota, ini diriwayatkan oleh ibn muallim Al-qurasyi dalam kitabnya najmu Al-muhtadi wa rajmu Al-mu’tadi ,m/s 588.

Dan ibn muallim al-qurasyi (w 725h) menukilkan dalam kitabnya najmu al-muhtadi m/s 551 dari kitab kifayatu Al-nabih fi syarh Al-tanbih: katanya: dan ini termasuk orang yang kekufurannya telah disepakati dan orang yang kami kafirkan dari ahli kiblah : seperti orang yang berkata Al-quran(kalam Allah) itu makhluk,dan juga yang mengatakan Allah tidak tahu sesuatu sebelum kewujudannya dan (kufur) ke atas orang tidak beriman dengan Al-qadar.dan begitu juga(kafir) barangsiapa yang beriktiqad bahawa Allah duduk atas arasy seperti mana yang telah disebut oleh qadhi hussain (W 462h) di sini dari nas Al-syafie semoga Allah meredhainya.

Dan berkata imam Muhammad bin badruddin bin balban al-dimasyqi Al-hanbali (w 1083h) dalam kitabnya mukhtasor al ifadat m/s 489 : barangsiapa yang beriktiqad atau berkata bahawa Allah zat-Nya di setiap tempat atau pada suatu tempat kafir.

Dan berkata lagi pada m/s 490: dan(Allah) tidak serupa sesuatu dan tidak menyerupai-nya sesuatu pun, barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan sesuatu dari makhluknya maka sesungguhnya dia telah kafir seperti orang yang beriktiqad jisim, atau berkata Alllah itu jisim tetapi tak sama seperti jisim-jisim yang lain.

Dan telah berkata imam Ahmad bin hanbal semoga Allah meredhoinya : barangsiapa yang berkata Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim ,(hukumnya ) kafir,diriwayatkan oleh al-hafiz badrudin Al-zarkashi dalam kitabnya tasynif al-masami’ jilid 4,m/s 684

Berkata imam Abu hasan Al-asy’ari semoga Allah meredhainya : barangsiapa yang beriktiqad Allah itu jisim maka dia tidak kenal siapa tuhannya dan dia telah kafir dengan -Nya. kitabnya Annawadir.

Berkata imam al-syafie semoga Allah merahmatinya: Al-mujassim(orang yg menjisimkan Allah) kafir,diriwayatkan oleh Al-hafiz Al-suyuti dalam kitabnya ,Al-asybah wa nazhoir, m/s 488.

bersambung..insya Allah..

Friday, May 9, 2008

TAZkiraH


JAngan Bercakap tanpa ilmu pengetahuan.


Bercakap tanpa ilmu pengetahuan adalah satu perkara yang merbahaya. Allah berfirman dalam surah Al-Isra’ ayat 36:

(وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً) (الإسراء : 36 )

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Rasulullah juga telah memberi nasihat dalam perkara ini.Diriwayatkan dari Imam Tirmizi di dalam bukunya al-Jami’ dan juga oleh Al-hafiz Ibn muhammad Ibn Abu Bakr al-Qurashiyy di dalam bukunya As-Samt ( diam),bahawa nabi telah bersabda ,:

قل خيرا وإلا فاصمت

maksud: berkatalah sesuatu yang baik(benar) dan jika tidak, diamlah.

Mengambil erti dan amal dari hadis ini amatlah penting kerana dapatlah kita fahami bahawa memberi fatwa dalam agama tanpa mempunyai ilmu yang benar dan tepat akan menyebabkan pelakunya rugi pada hari kiamat nanti.Bahkan perkara sebegini (mengeluarkan fatwa tanpa ilmu) akan membawa tukang fatwa itu ke dalam neraka jahannam. Barangsiapa yang mengatakan sesuatu itu halal atau haram di dalam agama,tanpa merujuk kepada satu persetujuan agama yang sah(tanpa ilmu) dia adalah berdosa dan layak dihumban kedalam neraka.wal i’yazubillah…

Ulamak kita berpesan bahawa amatlah baik sekali bagi seseorang mengatakan ‘ tidak tahu’ apabila ditanya persoalan yang dia tidak ketahui jawapannya. Jika seseorang tidak tahu dan kurang arif dalam sesuatu hukum agama, jangan memandai-mandai untuk menjawab ,atau memberi pandangannya sendiri, dengan merasakan ‘ ahh,kalu aku tak jawab,nanti orang kata aku tak fakih pulak”

Suatu ketika ,seseorang bertanya kepada saidina Ali tentang satu perkara,yang mana saidina Ali tidak tahu jawapannya,dia berkata:aku tidak tahu. Kemudian dia menambah,’betapa melegakan padaku untuk mengatakan ‘aku tidak tahu’ pada perkara yang aku tidak tahu.Maksudnya saidina Ali merasa betapa selesa dan tenang hatinya untuk tidak menjawab perkara agama yang dia sendiri tidak tahu jawapannya.Maka kita sepatutnya mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh saidina Ali ini,seorang sahabat nabi Muhammad sallallah alaihi wasallam yang tinggi keilmuannya dan bertakwa.

Nabi Muhammad apabila ditanya kepadanya apakah tempat yang terbaik dan tempat yang paling buruk, baginda menjawab:

لا أدري أسأل جبريل

‘Aku tidak tahu,’nanti kutanyakan pada Jibril.Apabila dia bertanya kepada Jibril ,Jibril juga menjawab tidak tahu. Selepas beberapa ketika, Jibril kembali kepada nabi Muhammad dengan jawapan yang diwahyukan Allah kepadanya: tempat yang paling buruk adalah pasar–pasar,dan tempat yang paling baik adalah masjid-masjid.Hadis ini sahih ,diriwayatkan oleh imam Muslim dan selainnya.

Dapat kita lihat di sini bahawa nabi ingin mengajar kita dari hadis ini, adalah tidak memalukan jika kita mengatakan tidak tahu terhadap perkara yang kita sememangnya tidak ada ilmu pada perkara tersebut, bahkan yang amat memalukan adalah bercakap perkara agama tanpa ilmu.

Sebagai muslim yang ingin selamat pada hari kiamat,sepatutnya seseorang hanya bercakap mengikut ilmu yang ada padanya sahaja.Dan jika seseorang inginkan jawapan tentang sesuatu urusan agama, sepatutnya dia bertanya kepada orang yang berilmu ,dan kepada orang yang boleh dipercayai keilmuannya,bukan kepada orang mendakwa berilmu tapi sebenarnya perosak agama.

terjemahan...

Thursday, May 8, 2008

ULAMA PEJUANG MENENTANG KAUM WAHABI

FIKRAH

24 RABIULAKHIR - 9 JAMADILAWAL1429 m -15 MEI 2008


Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi:Ulama pengasas PAS

Oleh MOHD FADLI GHANI




NAMA Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di negara ini,khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an.Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yaag berasal dari Hadhralmaut.

Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura.

Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir.

Ketika dí Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana.

Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun..

Selepas itu. Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu , kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad din ,Pekan ,Pahang pada 1955.Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma’ruf ,singapura selain menjadi Ahli majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor.Pada 1936, beliau mengasakan Madrasah al –Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh road ,singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya ,ustaz Taha Suhaimi.

Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura ,Johor Bharu,Jawa ,Kelantan dan Pahang ;nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi Beliau yang mcndokong fahamanAhli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melóntarkan pemikiran-pcmikiran baru yang dianggap bertentangan dengan kaum tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.

Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan Ahli Sunnah, amalan bidíah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengah Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti 'Sheikh' Tahir Jalaluddin, 'Sheikh' Abdullah Maghribi dan 'Sheikh' Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.

Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih Sebuah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, táuhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta mcnterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta.

Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail, 'al-'Allamah al-Murabbi al-khabir wal khatibul Qadir wa daie al-Basyir ila Allah asy –syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-syaikh muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya.

Dalam bidang politik,Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik.Antara murid yang terkenal di kelantan ialah ustaz wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959.

Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua.

Di Singapura, beliau juga terlibat dálam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antípenjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno. Dalam Pcrsidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sháikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini.

Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh per-sidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dakm meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belïau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965.

Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kcbanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.

harakah...


Wednesday, May 7, 2008

Antara Nama dan hakikat....komen al sakhawiy

Antara nama dan hakikat

Oleh MD. ASHAM AHMAD ( fellow at IKIM)

ZAMAN ini adalah zaman orang menuntut hak dan kebebasan. Di sana sini riuh rendah golongan itu dan ini menuntut apa yang didakwa hak mereka, yang mesti diserahkan dan dibebaskan daripada belenggu itu dan ini. Salah satu hak yang heboh diperdebatkan akhir-akhir ini ialah apa yang dikatakan hak orang Kristian menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh mereka.
Mereka mendakwa itu hak mereka, justeru mereka mesti diberi kebebasan memperlakukan apa sahaja dengan kalimah itu. Pastinya mereka telah mengemukakan hujah mereka bagi mempertahankan 'hak' itu, dan tidak kurang golongan Muslim sendiri yang termasuk golongan ustaz yang memperakui kebenaran hujah itu serta menyokongnya pula.
Di antara mereka ialah ustaz-ustaz politik yang hanya melihat keuntungan politik dari masalah ini. Akibatnya, belum pun mahkamah memutuskan apa-apa umat Islam di negara ini sudah berkecamuk fikirannya dan berpecah belah pandangannya.
Hujah utama yang dikemukakan bagi mempertahankan hak orang Kristian itu ialah bukti sejarah, bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, dan terus digunakan oleh orang Arab Kristian khususnya sehingga kini. Justeru, mereka berhujah, orang Islam, lebih-lebih lagi di Malaysia ini, tiada hak untuk melarang penggunaannya.
Sebelum kita mematahkan hujah yang dikemukakan itu perlu dinyatakan dua perkara dasar:
Pertama, bahawa isu ini berkait dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam bahasa Melayu, yakni salah satu daripada bahasa yang tergolong dalam rumpun bahasa Islami;
Kedua, hak menggunakan sesuatu kalimah hanya sah apabila hakikat yang dirujuk dengan kalimah itu tidak lain daripada hakikat yang dimaksudkan oleh kalimah itu, justeru menjadi kesalahan bagi seseorang yang meletakkan gelaran Ir. di hadapan namanya jika dia bukan seorang jurutera, dan dia tidak boleh mendakwa itu haknya.
Hujah di atas boleh dipatahkan dengan jawapan-jawapan berikut. Pertama: kalimah Allah adalah nama khas, bukan kata terbitan daripada mana-mana perkataan Arab. Justeru ia bukan boleh digunakan sebagai kata ganti bagi menterjemahkan sesuatu perkataan daripada bahasa lain. Sebagai bandingan seorang yang bernama Mr. Black tidak boleh ditukarkan namanya kepada Encik Hitam kalau kita berbicara tentangnya dalam bahasa Melayu kerana nama itu adalah nama khas yang merujuk kepada orang yang tertentu.
Kedua, memang benar kalimah itu telah sedia wujud dan digunakan oleh orang Arab semenjak sebelum Islam, akan tetapi itu tidak bermakna mereka memahami maknanya yang hakiki. Sebaliknya mereka telah mensyirikkan maknanya sehinggakan kalimah Allah yang mereka sebut itu sudah hilang hakikatnya, yakni mereka menyebut Allah, tetapi mereka maksudkan yang lain. Contohnya: Sekiranya yang dimaksudkan itu ialah Tuhan yang beranak atau diperanakkan maka itu bukanlah Allah, kerana Allah Maha Esa, tidak beranak mahupun diperanakkan.
Sekiranya mereka berkeras dengan pendapat mereka walaupun setelah nyata kebenaran maka itu adalah pendustaan dan kekufuran.
Ketiga, kedatangan Islam adalah bagi menyucikan kalimah itu daripada penyelewengan makna yang telah berleluasa dan berlarutan zaman-berzaman. Justeru Islam datang dengan kalimah tayyibah (kalimah yang elok): la ilaha illallah, yang mengandungi penafian segala kepalsuan yang dinisbahkan kepada Allah dan pengisbatan bahawa yang layak disembah hanyalah Allah. Adalah jauh daripada kebenaran mereka yang mendakwa Islam tidak pernah melarang sesiapa pun menggunakan kalimah Allah. Bukankah syirik kemungkaran terbesar yang diperangi oleh agama Islam? Sesiapa pun yang mensyirikkan Allah pada hakikatnya telah memalsukan makna kalimah itu walaupun mereka tetap menuturkannya.
Keempat, oleh kerana bahasa Melayu adalah bahasa Islam, makna yang diisbatkan bagi kalimah Allah ialah makna yang dikehendaki oleh al-Quran. Justeru, usaha memberikan makna yang lain bagi kalimah itu mesti dianggap sebagai usaha merosakkan bahasa Melayu, dan oleh itu menjadi tanggungjawab orang Melayu dan kerajaan yang dipimpin mereka memelihara kesempurnaan bahasa mereka agar tidak dicemari oleh unsur-unsur asing yang boleh mengelirukan pandangan hidupnya.
MeleraikanDalam kekalutan menghadapi acahan ini kita melihat langkah sumbang para ustaz yang diharapkan oleh masyarakat ke hadapan meleraikan kekeliruan mereka. Seorang ustaz berkata, bahasa dan kalimah yang disebut tidak penting dalam soal akidah Islam. Penyelesaiannya, ujar beliau, ialah dengan merujuk kepada al-Quran dan Sunah, dan mencari hukum daripada kedua sumber ini. Daripada ustaz ini harus dituntut penjelasan apakah perbezaan antara kalimah yang baik (kalimah tayyibah) dengan kalimah yang keji (kalimah khabithah) kerana al-Quran sendiri membangkitkan persoalan ini (Ibrahim: 24-27).
Apa yang ustaz itu katakan adalah suatu kekeliruan kerana akidah yang benar tidak boleh dipisahkan daripada kalimah yang benar. Alangkah berlawanan sekali apa yang dikatakan itu berbanding seruannya agar umat Islam kembali kepada al-Quran dan Sunah sedangkan apa yang tercatat pada keduanya itu tidak lain daripada kalimah-kalimah.
Ustaz yang sama juga dengan semberono menyalahkan ilmu kalam sebagai punca kelemahan akidah kaum Muslimin hari ini. Pada hakikatnya para ustaz yang jahil ilmu kalamlah yang menjadi punca kemerosotan pemikiran Muslim hari ini. Mereka ini, lantaran kejahilan sendiri, telah memusuhi ilmu kalam dan ahlinya (mutakallimun) yang banyak berjasa itu. Bagaimana boleh dimusuhi ilmu yang memberikan keahlian kepada seseorang bagi memahami kalam Allah?
Sebagaimana Allah mengajarkan kita agamanya dengan perantaraan bahasa demikian jugalah kita menyampaikannya kepada seluruh manusia. Adakah bahasa yang lebih baik dari yang disusun menurut tertib berfikir yang sihat? Kerana bahasa juga menjadi alat menyebarkan pemikiran dan akidah yang sesat. Di sinilah sumbangan besar ilmu kalam dan para mutakallimun. Mereka mara ke hadapan menghadapi ancaman pemikiran asing menggunakan bahasa bertertib mantiq bagi mengisbatkan tauhid dan menghancurkan syirik.
Syirik dalam bentuk penyembahan berhala amat mudah difahami walaupun oleh kumpulan yang hidup berkelana di padang pasir. Akan tetapi agama Islam bukan diturunkan hanya untuk orang yang tahap pemikirannya seperti itu. Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan dikurniakan ilmu kepada darjat-darjat yang berbagai (al-Mujadalah: 11) kerana tahap akal dan kefahaman mereka tidak setaraf.
Persoalan yang mendasari perbezaan antara agama khususnya antara agama Islam dan Kristian memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap dasar-dasar pemikiran, yakni falsafah. Asas-asas pemikiran yang mendasari kebudayaan Barat yang begitu berpengaruh pada hari ini juga adalah berakar-umbikan falsafah. Justeru, bagi menghadapi mereka ilmu kalam dan tradisinya perlu dihidupkan kembali bukan diperangi dan diperlekehkan.
Unsur-unsur syirik yang terkandung dalam falsafah dan ideologi tidak mungkin difahami oleh golongan bawahan dan orang-orang yang memiliki tahap pemikiran setaraf dengannya. Demikian jugalah tauhid, ia hanyalah omongan kosong jika diserahkan pengajarannya di tangan orang yang bukan sahaja tiada kewibawaan tetapi juga terlalu bongkak untuk mengenali dan mengakui empunya wibawa yang sebenar. Inilah masalah sebenar kita.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0507&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm


komen AlSakhawiy:

Assalamualaikum wbt

Segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam,wujud azali abadi ,tanpa bertempat,tidak diliputi zaman, selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhamad serta kaum keluarganya dan para sahabatnya.
Tulisan oleh fellow IKIM ini saya rasakan adalah rentetan dari siaran radio IKIM tempoh hari yang membincangkan tajuk ini.
PADA SAYA ‘ustaz’ yang dimaksudkan oleh saudara Md Asham ini adalah si Muftari Perlis Dr Asri zainal Abidin.(lihat artikel yang cuba membodohkan umat Islam oleh si Muftari http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=
0427&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_01.htm&arc=hiv )

Si Muftari ini memang otaknya sedikit goncang,tidak faham maqasid syar’iyah bahkan tidak faham akidah Islam…dengan merasakan ayat2 nya yang power,dia cuba menjadi api dalam sekam,gunting dalam lipatan, dengan mengatakan isu kalimah ni biasa aja dong,ngak apa apa,jgn berebut sih…ahh ini lah kebodohan si Muftari yang mengatakan pihak JAKIM dam umat Islam main berebut dengan Kristian,ini bukan masalah berebut macam main bola ragbi,ni pasal keselamatan akidah umat Islam,jgn jadi bodoh!!1
SI MUFTARI NI sekali lagi, tiada isu ulang lagi kutukan pada ahli sunnah wal jamaah ,terhadap ilmu kalam…inilah propaganda yahudi yang diteruskan oleh si Muftari,memecah belah kesatuan akidah umat Islam,dengan melempar tuduhan2 yang tidak berasas,yang hanya berpandukan pada khayalan otaknya yang sudah bergoncang mcm kapal dipukul badai.
Si Muftari tak tahu membezakan siapa tuhan yang dimaksudkan oleh musyrik makkah dan Allah rabbul jalil yang diseru oleh nabi Muhammad untuk disembah…
Si Muftari otak goncang ini juga amat lemah dengan mengakui tidak dapat memahami ajaran ilmu kalam yang mudah ini,…apa la,….budak pondok yang tiada PhD pun boleh faham dan boleh ngajar lagi kat orang kampung…orang kampung juga sejak dahulu tiada pun mengeluh ,uhh apa ni memenatkan kepala otak,..tup2 datang si Muftari yang bodoh,tak faham ,kata semua benda ni payah,memenatkan,..ish2 kesiannya, hang lagi teruk daripada pakcik pakai kain pelikat di kampung Pasir Tumbuh la…inilah orang yang mengakui sarjana tapi alahai, lemah pemikirannya….
Si Muftari juga mempromosi akidah takfir muslimin,tauhid konon ada tiga pulak,ni mcm akidah kristian shaja,tiga pulak,..trinity?....sebenarnya telah ramai ulamak menolak tauhid yang kononnya terbagi kepada tiga ini,sejak dulu lagi,Ulamak al- Azhar telah menulis buku2,risalah dan fatwa menolak kewujudan tauhid sebegini dalam Islam, antaranya:

1-Al-Allamah al-Mufassir Al-Muhaddith Syeikh Yusuf al-Dijwi.Ahli lembaga majlis ulama besar Al-Azhar. Dalam majalah nur al islam edisi tahun 1933,lidah rasmi al-azhar pada masa itu.
2- Al-Allamah Syeikh Zaki Ibrahim
3- Syeikh Izzudin Abul Azaim
4-Sayyid ‘Alauddin Abu Al Azaim dalam kitab yahud am hanabilah
5- Muhaddith Syeikh Salamah Al-Qudhaii al’Azzami Al syafie, dalam kitab Al Barahin al Sati’ah fi raddi b’adil bida’ al Syai’ah.
6-Allamah al Muhaddith al Faqih Syeikh Abdullah Al Harari dalam kitab al Syarh Al Qawim fi Halli Alfadz Sirat al Mustaqim.

Tuesday, March 18, 2008

menyambut maulid bid'ah?


MAULID NABI PERAYAAN BID’AH??

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraakatuh>

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

segala puji bagi allah tuhan sekalian alam,selawat dan salam kepada nabi junjungan kita muhammad sebaik2 utusan tuhan ....

Merayakan maulid nabawi , nabi Muhammad –selawat dan salam keatasnya- adalah termasuk dalam perkara yang baru yang dipandang baik oleh syariat Islam,(bid’ah hasanah). Orang yang mula menganjurkan sambutan kelahiran nabi Muhammad adalah seorang raja di kawasan Irbil( di Iraq sekarang) pada awal kurun ke-7 hijriah,seorang raja yang beriman dan bertakwa. Namanya adalah sultan Muzaffar.

Sultan Muzaffar mengumpulkan ramai ulama pada zamannya dari ahli hadis,sufi dan bertanya perihal hukum sambutan majlis tersebut dan semua ulama pada ketika itu bersetuju dengan sambutan itu, dan selepas itu sambutan kelahiran nabi dilaksanakan pada setiap tahun, ramai ulama di pelusuk dunia menyambut baik perayaan ini,kerana majlis ini hanya dilakukan untuk menunjukkan tanda kesyukuran kita terhadap Allah kerana mengutuskan nabi Muhammad,dan tiada perkara buruk yang dilakukan umat Islam dalam perayaan itu,yang ada hanyalah,ceramah tentang kelahiran dan perjuangan nabi,nasyid memuji allah dan rasul-Nya,disusuli dengan kenduri .

Al-Hafiz Ibn Dihyah,seorang ulama besar dalam bidang hadis, dalam lawatannya dari Maghribi ke bumi Syam dan Iraq dan sampai di Irbil pada tahun 604 Hijriah,beliau mendapati rajanya amat mengambil berat akan perayaan maulid,maka beliau menulis sebuah kitab “ al-tanwir fi maulid al basyir al-nazir’ dan dihadiahkan kepada raja Begitulah,dan ramai lagi ulama yang amat mementingkan sambutan ini,juga Al-hafiz al-Iraqi ,ulama besar dalam bidang hadis telah menulis kitab khas untuk maulid nabi yang berjudul “al maurid hani’ fi maulid al-nabi”.

Maka ramai ulama selepas itu ,fuqaha,para muhaddis,dan ulama sufi sunni seperti Al-hafiz Ibn Hajar Al-Asqalaani,Al-Hafiz Al-Sakhawi, Al-Hafiz Al-Suyuti dan ramai lagi telah menulis berkenaan sambutan maulid nabawi ini. Dan begitu juga,mufti Negara Mesir syeikh muhd buhait muthi’ii,mufti Beirut sebelum ini syeikh Mustafa Naja-moga allah merahmati mereka- memberi fatwa bahawa perayaan maulid adalah amalan yang baik dan mengatakan ianya bid’ah hasanah,ini berselari dengan hadis dari nabi Muhammad - selawat dan salam keatasnya- yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya:

"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"

Maknanya: : “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pun daripada pahala-pala mereka …” .

Maka di sini,tidaklah perlu kita mendengar suara –suara sumbang dari golongan wahabi yang membenci perayaan maulid hingga ada yang mengatakan makanan pada hari maulid haram lebih teruk dari babi.wal ‘iyazu billah. Inilah kebencian wahhabi terhadap nabi tapi berselindung di sebalik topeng sunnah,cis,penipu! …

Juga salah pendapat yang mengatakan apa sahaja yang tidak dibuat oleh nabi,atau ditinggalkannya walaupun selari dan tidak bertentangan dengan islam , tidak boleh dilakukan.ini adalah salah,bahkan perkara ini perlu kepada penjelasan yang terperinci.

Kerna itu telah berkata Imam mujtahid, mujaddid kurun kedua hijrah Muhammad bin idris Al-Syafie-rahimahullah- :

المحدثات من الأموؤ ضربان: أحدهما ما أحدث مما يخالف كتابا أو سنة أو أثرا أو إجماعا فهذه البدعة الضلالة، والثانية ما أحدث ما أحدث من الخير لا خلاف فيه لواحد من هذا وهذه محدثة غير مذمومة

Perkara yang baru itu dalam islam terbahagi kepada dua: salah satunya apa yang diadakan bertentangan dengan Al-quran atau sunnah atau athar atau ijma’ maka ianya bid’ah yg sesat, dan yang kedua apa yang diadakan dari perkara kebaikan tidak bercanggah dengannya salah satu dari yang disebut( al-quran@sunnah@athar@ijma’) maka ia perkara baru yang tidak dicela.

Maka dapat kita fahami di sini,bahawa ada perkara baru yang boleh dilakukan selagi mana ianya tidak berlawanan dengan nas-nas syarak dan prinsip-prinsip dalam kuliyyah syar’iyah dan dinamakan bid’ah hasanah( perkara baru yang elok dilakukan).Ini sebagaimana yang dituturkan oleh Saidina Umar Al-Faaruq selepas beliau mengumpulkan umat Islam untuk solat tarawikh dengan berimamkan hanya seorang imam: Betapa baiknya bid’ah ini. Riwayat Bukhari.

Dari perkara yang dianggap bid’ah hasanah oleh ulama ahlu sunnah wal jamaah:

Meletakkan titik pada huruf2 dalam mushaf alquran. Para sahabat penulis wahyu yang menulis wahyu ketika turunnya al-quran kepada nabi tidak pernah meletakkan titik pada huruf ب"’ atau ت"” ,juga selepas itu ,saidina uthman al affan apabila menulis enam buah mushaf dan menghantarnya ke beberapa negara tidak meletakkan titik di atas huruf dalam mushaf itu. Tapi sekarang kita mendapati terdapat noktah atau ttik di dalam mushaf.adakah puak wahhabi akan mengatakan ini juga bid’ah yg sesat ,dan pelakunya layak dihumban ke gaung neraka?? ...sesungguhnya orang yang mula meletakkan titik pada mushaf adalah seorang dari tabii’in yang bertakwa ,iaitu yahya bin ya’mar dan dia juga yang meletakkan baris i’rab.

Dan orang yg pertama meletakkan hamzah ء dan sabdu dalam mushaf adalah Imam Hasan Al-Basri. Seorang tabi’in. dan tiada ulama ahli sunnah wal jamaah yang mengingkari perkara ini.maka adakah golongan ini nak kata.ohh,ini tiada pada zaman nabi,mari kita buang segala titik,baris dan sabdu dalam al quran???? wahabi jawab .!!

Monday, February 11, 2008

Si anak mat jahya mendakwa wahabi adalah ahli sunnah?

3- Si anak Mat Jahya mendakwa wahabi adalah ahli sunnah ! BENARKAH?....

  • 1-Dakwaan yang langsung tidak berasas,hanya mengikut prasangka kemasyhuran yang tiada kejituan dalam pandangan ulama yang sebenar.
  • 2-Para Ulama, sejak zaman gerakan ini diwujudkan,telah menolak habis habisan si pendiri mazhab tabdi' ini.(lebih 200 tahun yang dulu) dan gerakan ini...dah lama dah orang tolak,yang HANG DOK BAWAK MAI LAGI TU BUAT PA...
  • 3-Adakah dia dibayar oleh negara tertentu untuk menyebarkannya? ? betul ker Dato' Alim Panglima anak anta ni gitu rupe nye?..atau dia ni tak dengar cakap anta Dato' Alim panglima?
  1. siapa ulama ahli sunnah wal jamaah yang menolak muhd bin abd wahab dan wahabiyah ini?
    • 1- Ayahnya sendiri,syeikh abd wahab bin sulaiman bin ali,altamimi al najdi.meninggal 1153h..rujuk kitab suhubu al wabilah oleh mufti makkah hanabilah ibn humaid,m/s275-277.cetakan maktabah imam ahmad,cetakan pertama 1409h.(mufti makkah ini juga menolak wahabi)
    • 2- Abangnya sendiri,sykh sulaiman bin abd wahab,dan menulis dua buah kitab menolak adiknya yang sesat...rujuk kitab di atas.
    • 3- Mufti makkah syafi'yah syekh ahmad zaini dahlan dalam kitab al-durar saniyah fi radd ala wahabiyah, yg selalu bibaca oleh ustazNurudin Banjari dalam ceramah2nya.Dan dalam kitab fitnah al wahabiyah.
    • 4- Syekh ibn abidin al hanafi dalam kitab hashiyah radd almuhtar dalam bab orang-orang yang menentang khalifah.
    • 5- Syekh sulaiman al-kurdi
    • Syekh ridwan al-'adli bibris al-syafie dlm kitabnya raudah al-muhtaajin lima'rifah qawaid al-din,
    • 6- Mufti mesir sekarang,Dr.Ali jum'ah,
    • Syekh taufiq al-suqiyah al-dimashqi dalam kitabnya tabyiin al-haq wassowab birradi a'la atba' muhd abd wahab,
    • 7- Syekh mustafa al-syati dalam kitab al-nuqul al-syari'yah fi radd ala alwahabiyah,
    • 8-Syekh abd qadir bin muhd al salim al kailani dalam kitab al nafhah zakiyah fi radd ala syabah al wahabiyah,dan ramai lagi,
    • 9- Dan syekh muhaddith Abdullah Al harari,yang sezaman dengan kita sekarang ini,menolak wahabiyah dengan sekeras kerasnya,( itu sebab wahabi di seluruh dunia menipu,memfitnah mengkafir,menyesatkan,membid'ahkan syekh ini.
2-Emmm,siapa antara orang yang menyokong kuat al wahabiyah ini,:
  • 1-Perisik britain yang dihantar untuk memesong kan muhd abd wahab, jefry hampher
  • 2-Seorang orientalis barat.gold Tzehr dalam kitab al akidah wa al- syariah.

  • (keratan di atas di ambil dari kertas kerja seminar wahabi di perlis)
  • 3- dan ramai lagi orientalis,
  • 4-dan ramai la dari kalangan orang yang dibayar dan rela hati yang menyokong tanpa penelitian yang rapi...

Dato' Mat Jahya bekas mufti Perlis pernah ditanya mengenai anaknya ini iaitu Fathul Bari lantas bapanya mengatakan "dia masih jahil lagi banyak yang perlu dipelajari".


adakah ini benar?

Anda semua boleh nilai daripada kenyataan dan ceramah-ceramah songsang orang ini , selain dia mirip kepada ajaran mengkafirkan serta membid'ahkan umat islam bersembunyi dengan nama Salafiyah tetapi pada hakikatnya adalah Wahhabiyah , jemaah takfir kan umat Islam dan ulama Islam.wal 'iyazu billah.

Lihat kejahilannya si anak mat jahya..


http://www.youtube.com/watch?v=u-lVJ3QolME

dipetik dari abu syafiq...wa Allah a'lam.

Tuesday, February 5, 2008

anak mat jahya(bekas mufti perlis) MAT JAHYA AHBASH?



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

SECANGKIR RENUNGAN :

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

.Amma ba’d.

Allah Berfiirman :

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً) (الإسراء :36 )


Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.(al Israk 36)

Allah juga berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْماً بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Al Hujurat ayat 6)

Sabda Nabi :


لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
“Tidak masuk Syurga orang yang menabur fitnah.”[Sahih Muslim]

KAJIAN ILMIAH RINGKAS:

ANAK MAT JAHYA (BEKAS MUFTI PERLIS) AHBASH?

JIKA ORANG yang belajar agama, atau mendengar ceramah-ceramah di masjid kemungkinan pernah mendengar nama kitab “fathul bari’ karangan syekh kabir syaikh islam al-hafiz amirul mukminin ibn hajar asqalani, yang menjadikan rujukan kepada umat Islam,

Tetapi….

Di sini saya ingin memperkenalkan kepada pembaca-pembaca yang budiman, sorang rakyat Malaysia yang menjadi tali barut wahabi di pernah belajar di Saudi untuk menyebar ajaran baru (wahabi), beliau adalah yang diberi nama Fathul Bari bin Mat Jahya Bin hussin.Pendakwah wahabi di malaysia, Beliau seorang yang cuba mencipta nama di persada hadis, akan tetapi amat jauh daripada itu.

Insya Allah saya akan cuba mengupas dan menjelaskan kepada saudara-saudara yang budiman sejauh mana Fathul Bari ini menyimpang dari manhaj ahlus sunnah wal jamaah yang digelar sebagar firqah najiah dan agama yang dianuti oleh beliau adalah firqah dhalalah.

TOHMAHAN DAN JENAYAH ILMIAH oleh FATHUL BARI terhadap pejuang sunnah>

Sejauh manakah benarnya tohmahan yang dilemparkan oleh Fathul Bari dalam ceramahnya,insya Allah, dengan izin -Nya dan ikhlas niat kerana menuntut keredhaan allah taala penulis cuba menjawab lontaran fitnah-fitnah beliau dalam rakaman mp3 yang di share oleh Mohamad Masri Bin Ramli dlm blognya ;

http://audiosunnah.blogspot.com/

Antara Tohmahan-tohmahan dan Jenayah ilmiah Fathul Bari

1. Mendakwa bahawa tidak ada seorang pun dari golongan wahabiah yang mengkafirkan Asyairah yang merupakan pegangan mejoriti umat islam di dunia sejak berkurun kurun lamanya.

2. Beliau menafikan wahabiyah menkafirkan Al-hafiz Ibn- Hajar al-Asqalani dan Imam Al-Nawawi dengan mengatakan tiada seorang pun yang mengkafirkan kedua-dua ulama ini.

3. Mempertahankan wahhabi sebagai ahlus sunaah wal jamaah.

4. Memutar belit kata-kata ulama islam berlandaskan hawa dan nafsu , dan inilah cara yang masyhur digunakan oleh wahabi sejak zaman-berzaman.

5. Mempertahankan Ibn Taimiyah bermati-matian dan bersikap ta'sub walaupun kononnya mendakwa tidak bersikap sedemikian ( bermain kata-kata).

6. Pemahaman beliau yang lemah dan tipis berkenaan dengan khilaf bagi hukum terhadap mereka yang melakukan kesalahan dalam perkara yang berkaitan usul akidah dan furu’ fiqhiyah.

7. Sikap adil dan amanah dalam ilmu yang disalah ertikan.

8. Tohmahan mengatakan Syeikh Abdullah al-Harari mengkafirkan Imam Hasan A-Banna, tetapi tidak dibuktikan hujahnya (jenayah ilmiah ). Inilah dia watak sebenar fattan dan dajjal.

9. Menipu khalayak ramai tentang manhaj wahabi yang sebenar ; wahabi ini tidak mengkafirkan dan membid’ah ulama Islam dan umat.

10. Memuji masyaikhnya dan taqlid buta tuli kepada mereka.

11. Menuduh ahbash mengatakan muhadith adalah mereka yang hanya menghafal hadis tanpa mendalami dan memahami kaedah dan kandungan hadis tersebut.

12. Menjadi tali barut wahabi di UIAM khasnya dan Malaysia umumnya.

13. Mendakwa “berlambak” sahabat-sahabat nabi yang tidak memahami al-quran (celaan yang keras kepada para sahabat nabi.)

14. Menipu di khalayak ramai dengan bongkak bahawa beliau menghantar email mencabar untuk berdebat, tetapi pada hakikatnya tidak sedemikian.

15. Mendakwa ahlus-sunnah membenci perdebatan untuk mempertahankan agama dan membenteras ajaran sesat.

16. Mendakwa bahawa perdebatan ulamak-ulamak yang meletakkan dalil akli dan nakli untuk menentang golongan muktazilah sebagai suatu cara yang boleh membantut perkembangan ilmu agama.

17. Menyandarkan kitab –kitab Muhadith Abdullah Harari sebagai fitnah; tanpa kajian yang ilmiah ( kemungkinan baca sekerat2 dengan hendak mencari kesalahan pada buku syeikh tersebut),dan beliau tidak terdaya mengeluarkan kata-kata syeikh tentang apa yang disebutnya,maka hanya war-war kosong seperti kanak-kanak tadika.(JELAS WAHABI HANYA INGIN MEMECAH BELAH UMAT ISLAM,BUKAN ISLAH)

18. Mencela ulama-ulama yang mentahzir(MENGAWASI) golongan sesat khasnya wahhabiyah sebagai tidak berakhlak dan biadab tanpa menyedari beliau dan wahbiyah Ini golongan yang amat biadap bila mana meletakkan sifat kekurangan dan jisim kepada Allah azza wa jalla,(walaupun secara sedar) padahal Allah taala Maha Suci daripada itu.

19. Walaupun dalam ceramah ini kononnya dia cuba nak berlaku adil dan ilmiah dalam penerangannya, tetapi didapati dia tersimpang dari apa yang dia nyatakan,DENGAN meneruskan konsep menfitnah tanpa membawa dalil .(pandai cakap sahaja)

PENJELASAN :

1. Mendakwa bahawa tidak ada seorang pun dari golongan wahabiah yang mengkafirkan Asyairah yang merupakan pegangan mejoriti umat islam di dunia sejak berkurun kurun lamanya.

Penelitian :

(( Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Ali- Al-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’irah yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.


Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’irAh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah

Lil Ifta’ Riyadh.))


KITAB MIN MASYAHIR MUJADDIN FIL ISLAM.

2. Beliau menafikan wahabiyah menkafirkan al-hafiz ibn- Hajar al-Asqalani dan imam al-Nawawi.

Penelitian :

Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minin Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.



liqa1

JELAS DI SINI SI PENDAKYAH WAHABI FATHUL MEMPERTAHAN WAHABIYAH DAN MASYAIKHNYA TANPA BERSANDAR DALIL TP HAWA NAFSU SEMATA-MATA....
TOHMAHAN LAIN YANG BERBAKI 17 LAGI,AKAN DIJAWAB JIKA ADA KELAPANGAN...
SERUAN KEPADA DIA UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA SYEIKH ABDULLAH DAN AHBASH DAN POHON AMPUN DOSA DARI ALLAH,INGATLAH ENGKAU SENDIRI TAHU BAHAWA APA YANG KAMU PERKATAKAN ITU HANYA PENIPUAN ,KERANA IKUT PERINTAH ORANG YANG BERI ENGKAU BAYARAN,...BERHENTILAH DARI SEMUA INI...INGATLAH BAHAWA AZAB ALLAH AMAT PEDIH KEPADA ORANG YANG MENGINGKARI SURUHAN DAN LARANGAN-NYA...
HIDAYAH ANUGERAH ALLAH.

kembali ke jalan benar dan bertaubat kepada Allah dari menjadi tali barut Wahabiyah.